Ceramah oleh Dato' Siti Norbahyah Mahamud...

semalam (13/8/2009) ada ceramah sempena nak menyambut ramadan nie.... yang bestnye dan terujenye aku nak pegi ceramah tu kan sebab Ustazah Dato' Siti Bahyah Binti Mahamud... aku dah la minat gak ngan ustazah nie... nampak muke cam malu2 je tapi bile bercakap mak aiiii best giler.... ustazah datang dengan suami beliau Ustaz Wan Akashah.... ustaz pun kelakar giler gak... dalam ustazah bagi ceramah tu ustaz bagi demo gak selang seli... aku berkobar - kobar nak amik gambar ngan ustazah... heheheh.... amik gambar dengan selebriti... heheheh...






antara pengisian yang sempat aku catat mase ceramah tu..
6 Keistimewaan Bulan Ramadan Al Mubarak :
1) Bulan yang diberkati - amalan sunat yang kita lakukan sama pahalanya dengan amalan wajib
2) Ramadan adalah bulan yang mewajibkan kita berpuasa semua - semuanya - mata, mulut, telinga - mengajar kita erti kesabaran
3) akan dibuka pintu - pintu syurga - pintu syurga yang bernama Ar - Rayyan di mana pintu itu adalah pintu istimewa untuk orang - orang yang berpuasa.
4) akan ditutup pintu neraka - janganlah membuat maksiat atau amalan yang mendatangkan dosa - api di neraka panasnya 70 kali ganda dari api di dunia.
5) semua syaitan - syaitan akan dirantai - jikalau manusia masih membuat kejahatan itu maknanya adalah nafsu.
6) malam Lailatul qadar - adalah satu malam yang istimewa - jika kite membuat amalan pada malam itu kita akan mendapat pahala di bahu kanan sebanyak 83 tahun 4 bulan
Tanda - tanda malam Lailatul Qadar
- tak panas, tak sejuk
- suasana yang sangat tenang
- matahari pada esoknya bersinar seperti bulan mengambang kerana cahayanya telah ditutupi dengan sayap2 malaikat.
4 golongan manusia yang Allah tak akan pandang pada malam Lailatul Qadar.
1) berterusan minum arak
2) anak2 yang menderhaka kepada ibubapa
3) orang yang bermusuh - musuhan lebih dari 3 hari
4) orang yang berterusan memutuskan silaturahim.