Praeklampsia....

ni la yang terjadi pada aku mase ngandungkan imran dulu... so skang kene la amik langkah berjaga - jaga untuk mencegah dr terjadi balik... tapi kalau nak jadi jugak takde sape yang boleh menghalangnya....

"Ya Allah Ya Tuhanku.... Kau lindungilah kandunganku yang kedua ini dari segala kepayahan dan kesulitan agar ia dapat membesar dengan sihat dan sempurna... Amin Ya Rabbal Alamin.."


Bilakah bengkak itu petanda sesuatu yang serius?

Semasa hamil, bengkak di pergelangan kaki dan jari-jari kaki adalah normal dan sangat biasa. Ia dikenali sebagai edema yang menunjukkan bahawa anda mempunyai air yang berlebihan dalam badan. Namun begitu, bengkak di bahagian-bahagian lain di badan, terutamanya jika ianya berlaku dengan tiba-tiba, adalah sesuatu yang perlu dibawa kepada perhatian doktor anda.

Apa itu praeklampsia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing.

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.
Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:

• berumur 40 tahun atau lebih;

• tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.

• mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;

• mengandung kembar or berganda;

• mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;

• telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia.

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda.

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut:

• muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;

• sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;

• sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;

• muntah.

Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak.

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain?

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP - low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen.

Minum air gula....

ari nie ade appointment kat klinik rasah Seremban... first kene amik darah + minum air gula + tunggu 2 jam + pegi scan + amik darah balik lepas 2 jam + balik... pegi kul 8am kul 11 lebih baru abih.... lamenye nak amik darah kali kedua nie... actually mase imran dulu memang kene minum air gule tapi mase tu kandungan dah besar sket dah... yang nie prosedur baru sebab yang berumr 25 ke atas memang kene minum air gula... so aku nie dah terlebih umur dah.... sebab tu la kene minum...

aku dah rase dah cemane kene minum air gule so tahan je la kemanisan yang teramat sangat tu... uwwweeekkkkk.... nak termuntah aku.... kene pose malam tu start dari 10 malam tadi kul 11 lebih tadi baru la dapat makan... memang lapar giler... nak buat cemane kan...

sementara nak tunggu 2 jam tu aku pegi buat scan + jumpe doktor.... doktor pesan suh aku makan 1/4 dari pil aspirin tu sebagai langkah berjaga - jaga sebab aku ade sejarah tekanan darah tinggi.... kene la makan.... pastu doktor kate pasni kene amik perancangan keluarga... heheheh.... doktor pandang suami n senyum je.... pastu doktor kate bile dah 32 minggu kene jumpe doktor pakar pulak untuk check pasal tekanan darah tinggi nie atau pre - eklampsia...
nasib baik doktor pun oke je... takde nak marah2 aku... heheheh....

2 jam dah berlalu , pegi amik darah lagi utk check ade kencing manis ke tak.... tu cume prosedur je so kene la ikut prosedur.... result nanti die hantar kat tempat checkup monthly aku kat klinik sikamat...

dah abih tu baru la aku boleh makan : menu pilihan soto ngan air laici.... pastu perut aku memulas - mulas sebab masuk angin... adooiiiillaaaa.....

satu tahun 2 bulan lebih lebih...

tak lame lagi imran nak jadi abang.... tak sangka la pulak, anak aku yang kecik giler dulu dah membesar menjadi seorang yang sihat dan bersemangat... inilah yang dikatekan kuasa Tuhan..... nak jadi abang pulak.... Syukur sangat dikurniakan anak macam imran.... memule diuji... susah2 dahulu bersenang - senang kemudian...




aku pregnant lagi... ;)

dah 3 bulan nie baru aku share ngan orang... heheheh.... last period aku 3/5/2010.... sebelum tarikh tu bese la tande tu dah ade dah... kengkadang tande nak peroid tu hampir same ngan tande nak pregnant... tapi kali nie aku rase cam lain je... ade la certain2 tempat yang rase lain... aku dah syak dah.... bile tarikh 3/6/2010 tu berlalu aku biarkan je.... tande2 tu still aku rase...

waktu period aku memang selalunye on time or cepat 2-3 ari... tak penahnye lambat... so lagi la aku bertambah yakin yang aku nie pregnant.... bile dah seminggu lepas tarikh tu aku pun belila alat UPT tu kat farmasi.... 2 kotak aku beli... jenama kesukaan aku DIP N TELL... murah pun murah lam RM 9.90 tapi memang berkesan giler.... malam tu terus aku check..... wuuuhhuuuuuu..... kejap je dah dapat tau dah yang aku nie positif pregnant... yeah... bertambah menguatkan kemengandungan aku... heheheh....

aku bagitau kat suami, die cakap ALHAMDULLILAH.... pastu die senyum je..... tapi muke cam risau gak sebab last time aku nie operation sebab darah tinggi.... suami kate jage la elok2... ;) aku cium imran puas2... tak lame lagi imran nak dapat adik... ;) sayang mama imran nie.... ;)

esoknye aku check lagi... tak puas hati... heheheh... yup positif lagi.... esoknye pegi Klinik buat pengesahan.... doktor pun kate yes.... ;)

tak lame tu pegi klinik lagi buat scan..... doktor kate setakat nie oke Alhamdullillah.... tak de masalah... aku pun tanye doktor ade possibility tak aku akan kene tekanan darah tinggi lagi.... doktor kate ade sebab yang pertame penah kene... so kene berjage - jage la lepas nie....

16/7/2010 ari tu pegi klinik desa sikamat for proper checkup.... check bp, urin sume oke... cume nurse tu la cam bising sket sebab jarak kehamilan yang dekat.... lepas jumpe nurse jumpe doktor pulak.... doktor ade cakap pasal jarak kehamilan... aku pun cakap la nie mesti doktor nak marah kan.... doktor kate taklah, saye tak marah pun cume lepas nie kene merancang.... doktor tak marah cume nak tego je.... heheheh.... phew.... doktor tu best sangat, sporting and very encouraging....
setelah gagal nak masukkan ari tu, aku cube lagi masuk ari nie.... memintakla oke.... lotih menaipnye nie.... atau lotih buat keje yang same 2-3 kali....

ape yang jadi hari ketige di Kuala Terengganu :

lepas breakfast terus je kitorang pegi pasar payang... tempat yang ditunggu - tunggu nak pegi... selame nie asik dengar je name tmpt nie... Alhamdullilah kali nie dapat pegi.... kitorang parking kat tempat yang dah disediakan, kire parking berbayar la..... dr tempat parking kitorang menapak, jauh gak walaupun melenggang je... dalam mase berjalan tu nampak bazar warisan, aku cakap ngan makcik aku, alang.... balik kang nak singgah dulu la...

sampai2 je kat pasar payang, aku tengok tempat tu memang padat giler.... barang niage memang banyak.... pengaliran udara agak kurang berjalan dengan baik sebab terlampau padat.... kitorang pusing2 situ dulu nak carik kedai mane yang dibeli...

carik punye carik tetibe ade sorang akak nie hulurkan keropok yang dah digoreng suh kitorang rase, berminat mama aku nak beli kat kedai nie... care approach akak tu bagus... kalau yang lain asik duduk atau ajak2 camtu je... ape lagi kitorang pun terus memborong kat situ...


lepas nie boleh pegi kat kedai nie lagi.... kedai kak enon, B32... heheheh.... pastu tanye kat akak tu mane nak carik kopok lekor dr seberang takir, kalau boleh kitorang nak naik boat pegi sane tapi cam mase tak mengizinkan.... akak tu kate "haaaaaaa kat kedai akak saye ade" - cam gitu la lebih kurang akak tu kate tapi lam loghat ganu laaa.... den tak gheti... heheheh....

mase kat kedai akak enon tu aku rase cam nak pitam, ngan peningnye, nak muntahnye, loyenyeee... ish, cepat2 aku tanye sape ade gule2... sorang pun takde, kene la aku bertahan.... berpeluh - peluh aku.... pas dah beli kat tingkat bawah, kitorang tinggalkan barang2 kat kedai akak tu jap, kitorang pegi tingkat 2 pulak... kat situ ade baju2....

memang banyak gred kain batik la... tapi semenjak due menjak nie aku tak berape minat pulak dengan kain batik... maleh nak menggosoknyeee... heheheh... skang nie ari khamis pun aku pakai baju yang corak batik je n bukan batik sutera, batik la jugak kan... heheheh.....

lepas dah membeli belah kat tingkat atas, tibe la mase nak bawak sume barang2 tu ke tempat parking.... Ya Allah beratnyeeeeeeeeeeeeeeeeee..... bagi aku la kan... abah aku lagi kene bawak berat.... mama aku pulak kene mendukung si kakak yang mase tu buat hal la pulak.... suami pulak kene dukung imran n bawak barang lagi... sume angkut barang.... aku pun kene bawak kopok lekor yang berat tu... jauhnyeeeee rase kat tempat parking tuuuuuuuuuu..... sampai je kat kete, mengalir la air mate aku sket sebab mengah tak cukup napas.... memang letih...

sampai je kat hotel, kitorang lepak kat lobi jap, suami gelakkan aku kate aku nie nangis lam kete tadi.... memang air mate tu nak kuar... dah tak boleh nak tahan2 lagi dah.... lepas lepak kat lobi melepaskan lelah, kitorang pegi minum air kat cafe kat hotel tu... masing2 dah haus giler dah....

lepas minum, kitorang masuk bilik, kemas2 barang n check out....


next stop : Masjid Terapung... pandangan dari kedai makan...
kitorang makan dulu.... ape2 pun... tak selera pun masing2, mungkin letih kot...



imran pun makan....



tensionnyeee...

dah bape kali dah aku masukkan entry, dah siap pastu tetibe ade prob la pulak.... dah save pastu ade prob lagi... tak dapat pulak nak view.... ish abih je mase aku menaip segale bagai.... panjang2 pulak tu.... ish bile ade mood la balik nak update entry... ;)

Hari Kedua di Kuala Terengganu

lepas breakfast kat hotel, kitorang pun masing2 menuju ke kereta nak pegi ke destinasi seterusnye iaitu Taman Tamadun Islam.... tapi abahnye kete tak boleh nak on pakai remote.... takde bunyik ape2 pun... pakai manual pun tak boleh... aaah sudah... yang pompuannye pun tunggu la kejap kat lobi hotel.... suami dah tukar bateri remote pun taknak dionkannye... ish... pastu cam agak2 lame lagi je, kitorang pun masukkan bilik balik sementara suami n abah pegi carik kedai repair kete kat tempat yang sungguh asing ini... heheheh...

lame gak tunggu, dalam 3 jam kat hotel.... tak lame tu lam kul 1pm suami kol die kate kete dah siap dah... tukar bateri kete... mase nie la nak kong ye bateri... aku pun cakap la imran tido tunggu jap imran bangun tido jap....

kitorang gerak lam kul 1 lebih terus menuju ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak kat Pulau Wan Man.... tak jauh sangat dari hotel lam 15 minit dah sampai dah... nasib baik signboard oke, so kitorang ikut signboard je....

cuace teramat la panasnye, so kitorang kene pakai payung... tapi ape2 pun kene carik tempat makan dulu sebab lapau giler...


menunggu order - cam die pulak yang nak makan... heheheh...

kitorang makan kat b'beteng, satu2 nye tempat makan yang ade kat situ..... betul2 tepi sungai.... nyaman je, orang main jet ski pun ramai menunjukkan skill memasing... bukan main lagi... jet ski turbo pun ade, bunyik kuat betul...

kakak yang asik nak peace je...

heheheheeh kelakao betulla kakak nie...

last2 imran minum susu.... ;) lapar susu tu


posing mama imran

kopok lekor yang sungguhla sedapnye..

muke budak yang teruje nak makan

abah makan nasik ayam, tapi tak abih sebab sakit gigi... suami makan nasik dagang tapi seciput je letaknye.... cam tak cukup je.... aku makan nasik ayam sebab aku tak tau nak makan ape.... bagi aku nasik ayam die tak best sangat... aku yang takde selera nie bertambah - tambah takde selera.... aku makan sket sekadar nak mengisi perut je... yang lain tu aku bagi kat suami aku, biar die yang abihkan sebab nampak cam die tak cukup je... heheheh....

mase nie tengah azan sebab tu la imran bertindak sedemikian....

dah makan itu imran ter uk uk la pulak... pegi la aku ngan suami mencarik toilet, nasik baik bawak beg ajaib... heheheh..... tapi toilet tak best sebab takde sabun n bleh dikatekan kotor cam takde orang jage.... kene la aku letak bedak kat tapak tangan aku nie....
Taman Tamadun Islam per entry for adult : RM 15.00 + RM 3.00 meal voucher.

imran di dalam masjid negara as giant toddler

muke cam confuse

jage2 jangan terjun ek..


kitorang naik tram RM 3.00 seorang sebab cam tak larat nak berjalan... heheheh.... naik basikal boleh tapi takkan mak n abah nak naik basikal kan... heheheh.... so kitorang pun naik la tram dengan jayanye... tunggu kat depan masjid negara.... tram ni akan berhenti - henti di tempat - tempat yang ditetapkan... bile dah berhenti tu boleh la pegi panjat masjid tu ngan gi tangkap gambar...

imran nie bukan la jenis budak yang sume pandang kamera.

Taj Mahal, Agra, India


tak dapat pegi india dapat pegi sini pun jadila... heheheh...


ngan mama yang letih giler... heheheh....


kaabah di tengah2... memang mengkagumkan... masjidil haram

imran jadi giant lagi

masjid Russia
sebenarnye ade 21 replika bangunan yang ade kat sini.... senarai bangunannye adalah seperti di bawah :-
1) National Mosque, Malaysia
2) Kudus Minar, Central Jaya, Indonesia
3) Pattani Central Mosque, Thailand
4) Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
5) Taj Mahal, Agra , India
6) Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan
7) Kubbah As Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
8) Great Mosque of Samarra, Iraq
9)Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
10) Abu Nasr Parsa, Afghanistan
11) Al - Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
12) Aleppo Citadel, Syria
13) Mosque od Mohamed Ali, Egypt,
14) Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
15) Suleyman Mosque, Turkey
16) Great Mosque of Qairawan, Tunisia
17) The Palace of Al - Hambra, Granada, Spain
18) Kalyan Minaret, Uzbekistan
19) Great Mosque of Agadez, Niger
20) Kul Sharif Mosque, Kazan , Russia
21) Xian Mosque, China
selepas melawat sume masjid dan bangunan2 tu, imran sesaje je naik nie, tak beli tiket pun... just tunggang je... nak amik gambar... ;)

mase nie haus giler tak sabar2 nak minum kat cafe kat dalam TTI nie....

suke imran naik sampan ye

abah imran jadi penggoyang sampan

yeay, imran naik gelongsor!!

imran yang kuat.... ooooo perli mama ye suh mama eksesais...

yeay, minum time, suami minum nie malt drink perase lemon yang HALAL...

minuman dan makanan petang... tapi lebih ke minum air sebenarnye...

ke masjid kristal pulak... memang mengkagumkan... kitorang sampai2 je terus amik wuduk ters solat... bestnye ade akon... nyamannyeeeeeeeeeeeeeeee.........


sape la arkitek masjid nie kan... memang lawa giler, ngan warne die lagi menarik

melepak menghirup udara segar

one happy family



imran ngan atuk.... sukenye dieeeeeee




last posing sebelum balik menggerakkan diri ke tempat lain pulak

pastu kitorang pegi Pantai Batu Burok pulak, sesaje amik angin petang n tengok perubahan kat situ... sempat naik kete kuda seorang adult RM 5.00....


aku pegang bulu kuda... heheheheh...
pas dah berjalan tu, kitorang carik tempat makan kat sekitar pantai nie... carik punye carik punye carik kitorang makan kat Tenang Seafood... oke gak la tempatnye, makanan pun oke....

milo tabur nie suami yang order

mase nie imran agak meragam, sebab penat dan ngantuk.... dan tak sihat (selsema + batuk)
what happened in day 3???? tunggu je la ye... hari ketige tak banyak amik gambar sebab dah letih giler....