Petua untuk jadi CERIA dan BAHAGIA...

petua ni diambil dr facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=276218822456222&id=1517771420&ref=notif&notif_t=mention#!/ePetua

Petua Untuk Hidup Ceria dan BahagiaSetiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita setkan da...lam minda. Anda berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira.

1. Hidup Bukan Sempurna - Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya Percayalah bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.

2. Jangan Berdendam - Dendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.

3. Mencintai dan menghargai - Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.

4. Bekerja dengan gembira - Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.

5. Jaga Kesihatan - Jika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan - Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.

7. Rancang Hidup dengan Baik - Orang yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.

Alhamdulillah....

Alhamdulillah.... itu je la yang mampu aku ucapkan... ;) kan comey tu....





rasenye mase ni abby pegi menunaikan umrah.....


last week...

last week dr 20hb Mac hingga 23hb Mac 2012 aku berkursus etanah di Bukit Gambang Resort City anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian....

4 hari 3 malam... aku kene bawak ikhwan sebab aku masih menyusu badan... even though die dah boleh minum pakai botol tapi kesian pulak aku bile time malam2... mesti die mencari - cari.... kesian die kecik lagi.... so aku memang bawak ikhwan, imran dan suami sekali....

aku dah bagitau kat awal2 kat suami dah yang die kene mintak cuti panjang sebab nak menjage anak2 mase aku berkursus.... so alang2 dah kene amik cuti 4 hari, suami amik cuti 5 ari terus... heheheh.... thanx to suami sebab sanggup berkorban menghabiskan cuti.... alang kepalang berkursus... boleh bercuti sekali...

kitorang sempat la pegi ke Gambang Water Park sebelum balik ke Seremban.... gambar2 sume aku dah upload kat fb dah.... tapi cite pasal Bukit Gambang Resort City n Gambang Water Park ni aku akan bagitau kat next post..... ;)

40 KESILAPAN IBU BAPA YANG PERLU ANDA TAHU!!

1-Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2-Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3-Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4-Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5-Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6-Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7-Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8-Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9-Kurang melahirkan kasih sayang

10-Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11-Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12-Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13-Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14-Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15-Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16-Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17-Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18-Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19-Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20-Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21-Tidak menggunakan bahasa yang betul

22-Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23-Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24-Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25-Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26-Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27-Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28-Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29-Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30-Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31-Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32-Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33-Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34-Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35-Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36-Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37-Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38-Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39-Tidak tegas mendidik anak-anak

40Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

songkok..

pengalaman mengajar..... aku ingat lagi raya tahun lepas adalah raya yang paling sedih untuk aku.... raya tu memang gembira, tapi aku yang sedih... sebab ape???? adalah sebab die yang tak dapat diceritakan kat sini..... tapi pengalaman mengajar..... memang menitik air mate kalau tetibe terpk pasal bende ni..... tapi aku bersyukur sebab ade hikmahnye iaitu aku belajar dr kesilapan......

nape nak sedih2, jom kite berguummbiraaa... hore2.... heheheheh..... ni cite pasal songkok pulak..... ni sebenarnye songkok abg imran..... mase die setahun lebih kot aku beli.... tetibe terjumpe balik kat umah mak aku..... tu yang aku pakaikan kat imran.... ni la hasilnye.... heheheheh... ketat dah sebab kepala imran dah membersar.... heheheh....


yang ni pakaikan kat ikhwan pulak.... tu die, terbesar la pulak... heheheh...... tapi raye tahun ni ikhwan dah boleh pakai kot..... boleh jimat sket belanja..... heheheheh...... gedobosh.... ;)



HAPPY BDAY KAKAK NINA!!

Ari ni bday kakak nina yang ke 5 tahun.... atau lebih mesra kitorang panggil kakak.... kakak ni cucu pertama dalam keluarga aku.... lahir pd 7 Mac 2007.... Skang ni dah masuk tadika dah pun.... kejap je dah sekolah.... haiisshhhh!!! dulu teringat lagi terketek - ketek, terkedek - kedek aku mengejar mase baru dapat jalan.... heheheheh..... skang ni suke bebenor mengambil gambo..... beza kakak dengan imran 2 tahun, kengkadang ngam kengkadang kuat gaduh gak diorang nie... hehehehe.....


budak 5 tahun..... ;)

tenangnye..

bestnye pegi tesco pukul 11 pm ke atas.... memang tenang je, nak beli barang pun tak payah nak rebut2 atau berlaga - laga troli.... memang best la... cume asik menguap je la... kejap2 menguap kejap2 menguap... hehehehe..... lotih!! pasai tu la anak bujang 2 orang nie terus dipakaikan baju tido... sonang.... balik kang tukar pampers pastu terruuussss tido... ;)




muke adik selalunye serius je, abangnye asik tersenyum, tersengih.... ;)



ape yang kome berdue pandang nie???



aku selalu pegi kat Tesco Seremban Jaya memang bukak pukul 8am pastu tutup pukul 1am.... everyday... kalau Tesco seremban 2 ari jumaat ngan sabtu je yang tutup pukul 1 am, ari selain daripada tu tutup pukul 11pm....


beautifulnara...

aku baru je mengikuti blog ini.... best gak... perkembangan dunia hiburan yang sungguh cepat dan pantas..... selalu dengar2 je blog ni.... ;)

http://beautifulnara.com/